Kimoterapi dan rawatan radiasi untuk pesakit kanser adalah
mesti. Bermakna semakin banyak pesakit membuat rawatan semakin penat dan letih
pesakit akan rasa. Kebanyakan doctor akan memberitahu kepada pesakit yang
melakukan kimo ini kadar keletihan yang mereka akan hadapi dari skala 0 ialah 4
(terlalu penat). Sebelum pesakit membuat keputusan untuk bersenam nilai dulu
badan anda jika terlalu penat benarkan diri anda untuk berehat selama sehari
sebelum membuat senaman fizikal.
Seperti juga senaman untuk mereka yang sihat tanpa kanser 4
kaedah senaman iaitu aerobic, latihan
kekuatan, imbangan dan regangan adalah penting.
Senaman aerobic:
Untuk menaikan kadar denyutan jantung termasuk senaman
seperti berjalan, berbasikal atau berlari. Dengan senaman kardiovaskular ini
pesakit akan dapat menaikan lagi mass muscle dan membakar lemak juga
meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.
Latihan fizikal ini boleh mengurangkan kadar risiko untuk
kanser payudara contohnya dari 20 ke 80 peratus. Kanser usus dari 30 ke 40
peratus pengurangan berdasarkan National Cancer Institute.
Aerobic ini juga membantu pesakit rasa lebih
sihat semasa menjalani proses rawatan kanser dan bertambah baik selepas
menjalani pembedahan.
Walaubagaimanapun pesakit kanser tidak akan
dapat melakukan senaman ini selama 30 minit sekali gus. Oleh itu untuk pesakit
kanser mereka boleh melakukan senaman ini selama 10 minit sebanyak 3 kali satu hari untuk mendapat
kesan yang sama.
Berjalan
Ini ialah senaman yang paling ringkas, mudah dan
selamat untuk pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan.
Latihan kekuatan ( strength traning)
Membaiki
tone otot dan melawan urat dan otot yang lemah akibat umur.ini boleh
dilakukan dengan dumbbells, barbells dan weight machines.
Tetapi kepadatan tulang dan otot pesakit kanser
adalah berbeza. Kimo boleh mengakibatkan
wanita kehilangan kepadatan didalam tulang dan otot lebih cepat dalam tempoh satu tahun.
Ini adalah antara sebab latihan kekuatan ini
penting. Apabila otot menjadi lebih
tebal dan kental ia akan menambahkan tekanan kepada tulang. Untuk memastikan
pesakit mengawal tahap ketebalan otot
latihan kekuatan ini akan lebih membantu. Tetapi pesakit kanser mestilah
mendapatkan khidmat nasihat doctor dahulu sebelum melakukan sebarang latihan
kekuatan bagi mengelakan sebarang kecederaan.
Imbangan
Kadar imbangan yang baik amat bagus bagi mengelakan dari jatuh atau
tergelincir.
Bagi sesetengah pesakit kanser, ubatan yang
mengandungi dadah boleh melemahkan kadar imbangan pesakit. Terutama yang
menjalani kimo, ia akan mengurangkan jisim dalam tulang dan akan mengalami
kecederaan tulang walaupun terjatuh sekali.
Untuk itu pesakit kanser perlu mengamalkan senaman imbangan ini .
senaman yang mudah seperti berjalan di lorong yang sempit seperti gimnastik
berjalan dengan meletakan kaki didepan kaki yang lain seperti berjengket. Atau
berdiri satu kaki dapat membantu tahap imbangan pesakit.
Senaman imbangan yang lain adalah seperti
berjalan mengundur atau berdiri sambil mengangkat sebelah kaki bergilir gilir.
Senaman ini selamat untuk dilakukan untuk pesakit
yang melakukan rawatan,
Regangan
Setelah menjalani pembedahan, pesakit akan
merasa lemah atau sakit sakit di sesebahagian anggota badan. Untuk pesakit kanser payudara untuk merenggangkan
bahu , menghadap dinding dan lengan
diangkat sedikit demi sedikit melekap ke dinding untuk meningkatkan pergerakan
bahu. Tetapi buat sekadar untuk melegakan jangan sampai sakit.
Walaubagaimanapun untuk pesakit kanser yang baru menjalani pembedahan hendaklah
meminta nasihat doctor tentang regangan yang boleh dilakukan untuk kanser yang
berlainan.
Pass it on: Exercise is a necessity for cancer
patients and survivors, but their condition poses some unique challenges.